Baru-baru ini saya menerima satu email dari seorang rakan bukan Melayu yang melampirkan satu video yang bertajuk ’What news that the Press hiding from audiens’.
Kandungan video itu yang memaparkan aksi ganas golongan Mujahidin (pejuang-pejuang) Palestin dan lain-lain kawasan di Timur Tengah yang sedang bergolak – melakukan penyembelihan manusia dan mencederakan mayat orang Yahudi, manakala pesalah zina yang digantung sampai mati di khalayak ramai menggunakan kren (bagi maksud menjalankan hukum Hudud), kanak-kanak berlari-lari menjunjung sepasang pergelangan tangan pesalah yang dikerat, pejuang Palestin yang menjunjung al-Quran sambil menghunus pisau, dan lain-lain adegan ganas yang mana ia sebenarnya;
• Menggambarkan bahawa Islam itu agama Ganas dan Kejam;
• Boleh memesongkan pandangan bukan Islam terhadap maksud agama Islam yang sebenar.
• Dan fenomena ini sebenarnya bukanlah keganasan yang dilakukan oleh semua (tiap-tiap individu) yang beragama Islam.
Fenomena ini bagaimanapun bukanlah sesuatu perkara baru.
Akan tetapi perlu diberi perhatian di sini bahawa Islam adalah;
• agama yang aman, selamat dan agama yang diturunkan dari langit;
• cara hidup yang selamat dan memandu penganutnya ke jalan yang benar.
Akan tetapi, oleh kerana ketaksuban (fanatic) yang melampau, golongan ini telah menjadikan agama Islam sebagai matlamat, dan bukan lagi sebagai cara hidup. Padahal Islam itu suatu agama yang indah, suci, murni, selamat dan sejahtera.
Bagi mereka yang beragama Islam - tidak kira dia kaum Arab, Palestin, Melayu, dan apa juga bangsa pun, - tetapi jika melakukan kerosakan dan keganasan seperti apa yang dijelaskan di atas telah dianggap sebagai tenggelam dalam suasana dan mereka telah ’sesat dalam beragama’.
Golongan seperti ini perlukan kepada perubahan ’mind-set’ dan sudah tentulah ia memakan masa, tambahan pula asakan demi asakan dari faktor luar seperti serangan dari Israel yang tidak henti-henti telah membantutkan proses perubahan ’mint-set’ dan keamanan di kawasan bergolak ini.
Hubungan manusia dengan Tuhan (angkubah y) yang diamalkan dengan ketaksuban yang melampau, akan tetapi hubungan sesama manusia (angkubah x) yang tidak dijaga dengan baik (dalam paksi kehidupan - x dan y itu tadi), malah diperlakukan secara ekstrem dan ganas, tmaka ia telah menjerumuskan golongan ini dalam kancah kesesatan dan mereka menjadi manusia yang rugi serugi-ruginya.
Oleh itu, saya menyeru kepada golongan bukan Islam agar tidak sekali-kali menganggap Islam sebagai agama yang menyeru umatnya untuk melakukan keganasan. Apa yang perlu diperhalusi di sini ialah perpaduan yang subur diamalkan di tanah air sendiri yang mana terdapatnya pelbagai kaum dan agama. Biar pemimpin yang diletak di atas adalah datang dari kaum bukan Melayu, tetapi oleh kerana perkongsian kuasa dan kesamarataan yang adil telah terbukti bahawa keharmonian negara dapat dijayakan sejak merdeka sehingga bila-bila pun.
Acuan dan ramuan perpaduan ini seharusnya diteladani oleh golongan Islam dan Yahudi di Timur Tengah sekaligus dapat membantuk suatu tanah yang dikongsi bersama untuk hidup secara harmoni, aman, dan sejahtera.
Keganasan membunuh dan meragut banyak nyawa. Dan yang terkorban tidak dapat dihidupkan kembali. Maruah agama Islam telah tercalar teruk tambahan pula dengan peristiwa 9/11.
Namun hanya dengan penyatuan, perpaduan dan perkongsian (kesamarataan) yang diamalkan di Malaysia, maruah agama Islam mampu diperbaiki seterusnya diperkasakan untuk menyemarakkan keamanan dan kesentosaan seperti mana maksud dan definisi Islam itu sendiri – iaitu aslama atau aman dan selamat.