Thursday, January 29, 2009

SIAPALAH AKU TANPAMU....FELDA, ALHAMDULILAH!



(Coretan bersiri kisah benar)

Nukilan : Kamari Kasan, A.N.S.




Era kehidupan bangsa Melayu dalam zaman 50-an adalah merupakan usia bangsa yang masih berada dalam lingkungan kanak-kanak meskipun sejarah bangsanya dibuminya sendiri ini telah
bermula sejak lebih dari 600 tahun dulu lagi.



Pada 1511M iaitu diwaktu kehadiran penjajah Portugis, usia kematangan pendewasaan bangsa Melyau masih berada di tahap remajanya. Usia ini namanya begitu popular dan harum. Jejakanya
dikagumi dan anak gadisnya diminati. Uis ini sarat dengan kisah peminangan, pertarungan kerana gadis idaman, dan kisah-kisah berkisar dalam keseronokan menjelajah kebenua-benua seperti Cina dengan persembahan-persembahan (konsert agaknya dalam konteks hari ini). Nama-nama besar seperti Hang Tuah, Tun Teja, Puteri Gunung Ledang dan Puteri Hang Lee Poh begitu memenuhi carta kisah popular era berkenaan.



Namun sebaik sahaja era remaja menjangkau belia itu, bangsa Melayu berdepan dengan kehadiran portugis yang berkedatangan sebagai saudagar tetapi lengkap dengan ‘security team’ yang bersenjata dan dibenarkan atas kuasa Kerajaan Negara mereka. Pada usia itu, bangsa Melayu tidak mempunyai tokoh ekonomi terlatih, tiada tokoh korporat yang berilmu, tiada suatu struktur Kerajaan yang mempunyai agenda rancangan negara lima tahunnya.


(Baca lagi...)

.