Tuesday, June 10, 2008

Kehidupan itu adalah suatu Doa

Alam ini adalah merupakan suatu set maklumat yang sangat lengkap dan teratur.

Ia bagaikan sebuah persembahan yang sedang dipaparkan di atas suatu pentas.

Kita adalah pemerhatinya. Persembahan ini cukup dengan plot dan watak.

Artis serta jalan ceritanya. Ia bukan sekadar maklumat; tetapi lebih dari itu; tetapi...... ada keadaan yang telah menjadikan persembahan kehidupan ini sukar difahami akhir-akhir ini....... Jika ilmu dapat menolong kita untuk memahaminya........;

maka kalaulah dapat diciptakan sejenis cermin mata yang menyenangkan kita mentafsir kehidupan dunia kini.


Cermin itu tentulah cermin yang mempunyai lapisan intelligen atau cermin mata itulah merupakan cermin berteknologi ilmu yang mampu mentafsir sesuatu makna atau erti dari apa-apa jua set maklumat yang dilalukan menerusinya.

Tentulah nanti kita sentiasa tidak terpedaya dengan semua persembahan yang telah lama kehilangan keaslian dan kemurniannya itu.