Friday, April 29, 2011
Sekitar Ceramah PERSADA Selangor 2011
Program Jelajah Pemerkasaan Desa Selangor 2011
Antara Panel yang terlibat; Dr. Kamari Kasan, Datuk Idris Jauzi, & Abu Umar al-Hadi.
Tarikh; 24 April 2011
Lokasi; Dewan Kuala Selangor.
Wednesday, October 13, 2010
Azizul belia O.K.U. di Pulau Sebang Melaka
Kesempatan singgah di Pulau Sebang baru-baru ini memberi peluang kepada saya untuk melawat penerima bantuan JKM, Azizul - setelah kunjungan pertama dahulu saya perhatikan Azizul punyai potensi menjana pendapatan dari halaman rumahnya sendiri, cuma pada waktu itu keadaan sekitar rumahnya yang tidak kemas & terurus.
Kini kunjungan kedua saya perhatikan Azizul telah pun menampakkan perubahan persekitaran rumahnya dengan kawasan belakang rumah yang ditambah dengan reban baharu hasil dari wang bantuan yang diterimanya dari agensi kerajaan, di samping persekitaran rumah yang lebih kemas, teratur & bersih.
Masih banyak ruang yang boleh diperbaiki untuk Azizul menyara keluarga biarpun dirinya mempunyai masalah kesihatan. Dari masa ke semasa saya akan membimbing Azizul secara peribadi, & anak-anak muda seperti Azizul boleh dijadikan idola kepada belia lain.

Thursday, September 30, 2010
Sekitar Forum Pembinaan Bangsa berasaskan Perlembagaan Malaysia
Pada 22 Sept. 2010 yang lalu, saya diberi kesempatan oleh Pusat Pengajian al-Furqan & NGO Johor untuk membicarakan topik pembinaan bangsa berteraskan Perlembagaan negara Malaysia, dengan rakan panel forum iaitu Datuk Zaid Ibrahim.
Berikut adalah petikan imej dari blog minaq-jinggo sekitar sesi forum berlangsung;

Tuesday, September 21, 2010
Friday, August 27, 2010
Tuesday, August 24, 2010
Ramadhan 1431 Hijrah
Masih ingat dengan psiko-games 'Sesat dlm Hutan'? Adakah fikiran kita positif setiap masa? Atau terus memberikan kemenangan kepada elemen negatif? Perilaku negatif perlu dijauhi.
Hari ini dunia sarat dan dipenuhi oleh gelombang maklumat yang cukup pantas, kompleks, terlalu mentah (raw) serta merbahaya kepada kelakuan keamanan dalam pengaturcaraan setiap unit sel manusia.
Paparan berita utama di dada akhbar dan media massa amat membimbangkan dengan lambakan masalah sosial. Kesemua set maklumat itu jika tidak diproses dengan baik, ia boleh bertukar menjadi sesuatu yang tidak baik untuk fikiran dan tindakan. Maka Teknologi Ilmu Kamarika adalah kaedah yang ideal dalam menukar set maklumat itu menjadi ilmu.
Semoga kehadiran Ramadhan ketika ini dapat menapis set maklumat itu dan mengimbanginya. Jadikan Ramadhan sebagai perpustakaan atau gedung universiti Allah yang mempunyai banyak ilmu untuk kita rebut, dihayati dan diamalkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)