Kesempatan singgah di Pulau Sebang baru-baru ini memberi peluang kepada saya untuk melawat penerima bantuan JKM, Azizul - setelah kunjungan pertama dahulu saya perhatikan Azizul punyai potensi menjana pendapatan dari halaman rumahnya sendiri, cuma pada waktu itu keadaan sekitar rumahnya yang tidak kemas & terurus.
Kini kunjungan kedua saya perhatikan Azizul telah pun menampakkan perubahan persekitaran rumahnya dengan kawasan belakang rumah yang ditambah dengan reban baharu hasil dari wang bantuan yang diterimanya dari agensi kerajaan, di samping persekitaran rumah yang lebih kemas, teratur & bersih.
Masih banyak ruang yang boleh diperbaiki untuk Azizul menyara keluarga biarpun dirinya mempunyai masalah kesihatan. Dari masa ke semasa saya akan membimbing Azizul secara peribadi, & anak-anak muda seperti Azizul boleh dijadikan idola kepada belia lain.