Tuesday, August 24, 2010

Ramadhan 1431 Hijrah

Masih ingat dengan psiko-games 'Sesat dlm Hutan'? Adakah fikiran kita positif setiap masa? Atau terus memberikan kemenangan kepada elemen negatif? Perilaku negatif perlu dijauhi.

Hari ini dunia sarat dan dipenuhi oleh gelombang maklumat yang cukup pantas, kompleks, terlalu mentah (raw) serta merbahaya kepada kelakuan keamanan dalam pengaturcaraan setiap unit sel manusia.

Paparan berita utama di dada akhbar dan media massa amat membimbangkan dengan lambakan masalah sosial. Kesemua set maklumat itu jika tidak diproses dengan baik, ia boleh bertukar menjadi sesuatu yang tidak baik untuk fikiran dan tindakan. Maka Teknologi Ilmu Kamarika adalah kaedah yang ideal dalam menukar set maklumat itu menjadi ilmu.

Semoga kehadiran Ramadhan ketika ini dapat menapis set maklumat itu dan mengimbanginya. Jadikan Ramadhan sebagai perpustakaan atau gedung universiti Allah yang mempunyai banyak ilmu untuk kita rebut, dihayati dan diamalkan.