Tuesday, June 10, 2008

Kehidupan itu adalah suatu Doa

Alam ini adalah merupakan suatu set maklumat yang sangat lengkap dan teratur.

Ia bagaikan sebuah persembahan yang sedang dipaparkan di atas suatu pentas.

Kita adalah pemerhatinya. Persembahan ini cukup dengan plot dan watak.

Artis serta jalan ceritanya. Ia bukan sekadar maklumat; tetapi lebih dari itu; tetapi...... ada keadaan yang telah menjadikan persembahan kehidupan ini sukar difahami akhir-akhir ini....... Jika ilmu dapat menolong kita untuk memahaminya........;

maka kalaulah dapat diciptakan sejenis cermin mata yang menyenangkan kita mentafsir kehidupan dunia kini.


Cermin itu tentulah cermin yang mempunyai lapisan intelligen atau cermin mata itulah merupakan cermin berteknologi ilmu yang mampu mentafsir sesuatu makna atau erti dari apa-apa jua set maklumat yang dilalukan menerusinya.

Tentulah nanti kita sentiasa tidak terpedaya dengan semua persembahan yang telah lama kehilangan keaslian dan kemurniannya itu.

Thursday, May 29, 2008

Krisis Modal Insan Kini

IBU BAPA - kini sedang menanggung beban kegelisahan berkenaan munculnya suatu krisis tatalaku keatas lembaga diri anak zaman globalisasi. Kata bicara, perlakuan, sembah santun, ketekunan, semangat dan ketabahan, kesanggupan memikul amanah dan keyakinan diri, hatta sampai kepada jati diri terhadap ibu bapa malah diri sendiri, semuanya amat membimbangkan.

KAUM IBU/WANITA - mereka pula (dengan tidak disedari) terpaksa mengumpul semua kebimbangan masa kini memandangkan mereka adalah ibu dan bahawa syurga itu di bawah tapak kaki mereka; maka demikian itu segala bebanan akhlak dan usaha mendidik anak adalah terbeban keatas bahu mereka.

PELAJAR - di kalangan pelajar yang mahu berjaya dan mahu terus maju pula berdepan dengan serba gangguan yang merentasi waktu, masa dan benteng moral serta keperibadian; yang jika tidak diamati serta disusun secara tertib dan berhati-hati tindakan menanganinya semakin mudah terabai dan bakal mengundang bencana besar kepada nilai moral diri mereka.

GURU DAN PENDIDIK - pula memikul bebanan dan ‘tudingan-jari’ dari segenap penjuru; bahawa segala kegelisahan yang sedang melanda kini adalah hasil produk Institusi Pendidikan mereka. Tanpa disedari tiba-tiba guru yang tertekan dengan keputusan akademik serta lain-lain bebanan pengurusan serta tertekan dengan pelbagai kekangan dalam melakukan usaha perubahan;turut tidak dapat melarikan diri mereka dari menjadi sasaran kepada setiap kegelisahan umah yang terus melanda. Tidak sedikit guru yang mengalami trauma jiwa yang amat dalam dan bukan kecil bilangan mereka yang ‘tenggelam dalam suasana’ oleh gelagat pelajar yang kompleks, serangan kata-kata masyarakat dan ibu bapa.

PENGETUA DAN GURU BESAR - kini imej seorang bernama Guru Besar atau Pengetua bukan lagi sebuah idol dan kebanggaan; sebaliknya bertukar kepada personality seorang yang sentiasa terbeban kepada seluruh kebejatan moral anak-anak didik. Samada di dalam sekolah hatta di luar sekolah, instrumen kependidikan mereka tidak dapat berfungsi secara berkesan berikutan terjelmanya pelbagai ‘guru-baru’ dalam sistem sosial yang amat ‘dibiarkan’ oleh pelbagai Institusi Sosial sampailah kepada Institusi Sosial bernama keluarga.

PIMPINAN PIBG - pada mereka juga sentiasa dihujani dengan pelbagai soalan sedangkan mereka dipilih dari kalangan minoriti ibu-bapa yang sedar dan sanggup hadir dalam mesyuarat agung pemilihan tahunan; sedangkan kerja mereka adalah suatu tugas sukarela dan mereka juga terbeban dengan kekangan gelora yang melanda seluruh isi keluarga mereka sendiri (sama seperti orang lain).

Thursday, March 6, 2008

TEKNOLOGI ILMU; MENANGANI ANCAMAN “TENGGELAM DALAM SUASANA”.

Izinkan saya berkongsi pengalaman dan isu serta masalah yang sedang melanda warga kita yang sangat kita cintai.

Entah bila, mungkin esok, lusa atau entah bila-bila saja; jika kita leka orang-orang yang kita sayangi gagal memberikan berita gembira kepada kita.

Krisis ini ialah krisis keluhuran lembaga diri. Lembaga diri yang luhur adalah perlembagaan yang hidup. Itulah watak atau tingkahlaku rakyat bernama Malaysia yang sebenar yang kita impikan. Seorang yang menepati peribadi insan mulia semulia seorang Raja. Raja yang Berperlembagaan. Ia tidak mengelirukan. Ia sungguh agung dan berwatak (unggul) mengikut profession pilihan mereka.

Kita kini saksikan ‘lambakan maklumat’ hasil dari era teknologi maklumat dan gendang globalisasi. Kepantasan maklumat sungguh melekakan. Jauh dari itu, kelekaan menyebabkan manusia memendekkan aqal; kerana tidak sempat berfikir panjang. ‘Mercun’ bersumbu pendek. Akibatnya, wajah luaran bukan jaminan isi diri sebenar di dalam diri.

Dunia pelajar disimbahi kemelut menakutkan. Wajah pembangunan dihiasi tragedi pecah rumah, rompakan, kecurian, penculikan, khianat, peras ugut, serta lain-lain bebanan seperti banjir, tanah runtuh, kualiti hidup merosot, dan pelbagai igauan wajah membimbangkan.

Anak kecil seringkali menjadi mangsa manusia buas. Pengguna lebuhraya menukar warna jalanraya dengan warna merah darahnya. Kesentosaan dalam perpaduan mula dihembusi api yang membahang.

Namun begitu, semuanya ini masih belum terlambat untuk kita rawat.
Malaysia adalah suatu ungkapan doa. Doanya ialah aman dan muafakat dari demokrasi berparlimen. Natijah akhirnya ialah memuliakan tiap satu diri rakyatnya dan rakyatnya menjadi mulia di bawah tasbih sistem Raja Berperlembagaan.

KAMARIKA adalah suatu sistem kejuruteraan Prio-Minda yang dibangunkan untuk menyayangi dan memanjai proses pertumbuhan setiap unit sel seluruh organ dan tubuh jasad, tubuh emosi, dan tubuh mental manusia.

Tatapi dan hayati ungkapan kata dari tulisan ini. Saya ingin berkongsi kisah dan pengalaman agar nanti dapat kita bersama dengan tenang dan tabah menukar krisis menjadi peluang dan kejayaan.

Terima kasih.

Wednesday, March 5, 2008

Sidang Pendekar


Ingin ku undang semua Pendekar
Seluruh pesantren nusantara
Usah calang-calang mendabik dada
Berkumpul kita bukan untuk berpecah
Berpecah itu bukan untuk lemah

Pendekar dan para wali
Mengibar panji-panji yang dijanji
Menyebar amanah
Pada wahyu yang belum wafat lagi
Pada Al-Quran dan Sunnah

Ku undang pendekar kalian
Bukan untuk cabar-mencabar
Kedukaan lalu penuh malu
Menang pun menjadi arang
Alah hapus mendebu
Pendekar menjadi mainan orang

Di majlis ini Ku ingin muntaji
Gaya pergerakan Ar-Rahman-nur-rahim
Tuhan Yang Maha Pemurah

Abadikan gerak tubuh ini
Menjadi gambaran Asma-Ul-Husna
Perlakuan Af’al Illahi yang nyata
Sesudah di redhai apa yang kita pinjam
Buat pelengkap tugas khalifah
Agar insan lain naik Saksi
Membenar dakwaan Kebesaran llahi.

Di sidang pendekar ini
Ingin kugambarkan
Sifat Tuhan ku - Allah
Dari langkah-langkah
Dari lipatan seni silat yang bersemadi
Ya Tuhan ku

Awanmu melembutkan jiwa ku
Keseluruhan Alam menyampai Af’al Mu
Menyerap ke tubuh insan ini
Dari renungan yang pasrah
Hingga alam semesta ini
Menempat disanubariku
Tenggelam di telok hati
Mengalir darahku membawa Asma Mu
Bergerak tanganku dan tanganmu
Menguntum gerak seni silat ini

Buat insan melihat sifat mu
Noga nantinya
Naik saksi mereka pada mu
Bila sifat dan Asma bersemadi
Mengejut hati nurani
Mentatahi jasad yang fana
Lantas ku rasa Urat leher ku
Jauh lebih dari aku

Dan seni silat ini
Suatu memanifestasi semadi sifat dan Asma
Bagai insan di dalam ihram
Bagai jihad di dalam mikraj
Bagai laduni di dalam munajat
Dan pendekar ini
Terus bermuntaji sebagai nikmat


Oleh: Ageng Kamari b. Kasan
AKADEMI MINDA Membina GENERASI AGUNG