Tuesday, August 24, 2010

Ramadhan 1431 Hijrah

Masih ingat dengan psiko-games 'Sesat dlm Hutan'? Adakah fikiran kita positif setiap masa? Atau terus memberikan kemenangan kepada elemen negatif? Perilaku negatif perlu dijauhi.

Hari ini dunia sarat dan dipenuhi oleh gelombang maklumat yang cukup pantas, kompleks, terlalu mentah (raw) serta merbahaya kepada kelakuan keamanan dalam pengaturcaraan setiap unit sel manusia.

Paparan berita utama di dada akhbar dan media massa amat membimbangkan dengan lambakan masalah sosial. Kesemua set maklumat itu jika tidak diproses dengan baik, ia boleh bertukar menjadi sesuatu yang tidak baik untuk fikiran dan tindakan. Maka Teknologi Ilmu Kamarika adalah kaedah yang ideal dalam menukar set maklumat itu menjadi ilmu.

Semoga kehadiran Ramadhan ketika ini dapat menapis set maklumat itu dan mengimbanginya. Jadikan Ramadhan sebagai perpustakaan atau gedung universiti Allah yang mempunyai banyak ilmu untuk kita rebut, dihayati dan diamalkan.

Monday, August 23, 2010

Buku - Pembangunan Komuniti

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs192.ash2/45486_148713681823943_148235828538395_355431_4430196_n.jpg

Alhamdulillah buku Pengenalan kepada Pembangunan Komuniti (Pengalaman Sebenar di FELDA) yang menggunakan pendekatan pembangunan komuniti berteraskan mengenali / membangunkan aset atau ABCD (Asset Based Community Development) telah terbit.

InsyaAllah saya akan menerbitkan sebuah lagi buku yang berkisar tentang bagaimana perilaku yang baik dan tidak baik dapat mempengaruhi kehidupan seseorang, yang mana selalu saya sebutkan sebagai programming (pengaturcaraan). Untuk merubah nasib dan mengurus taqdir, maka satu kaedah yang dipanggil re-programming turut dikupas dalam buku berkenaan.

Saturday, August 21, 2010

Laman web kamarika.com diperkemas!

Salam Ramadhan al-Mubarak,

Setelah sekian lama, blog & web rasmi Kamarika tidak update, mohon kemaafan & detail berita akan dimasukkan ke dalam www.kamarika.com dengan segera.

Perkembangan saya selepas ini akan juga dimasukkan ke dalam blog ini dari masa ke semasa.

Juga saya telah created a page about myself, sila juga kunjungi di Facebook.


- Dr. Kamari Kasan.