KENYATAAN AKHBAR
Akta Keselamatan Dalam Negeri (I.S.A.) : TAK WAJAR? ......Petikan dari akhbar Utusan Malaysia: .....KOTA BHARU 14 Sept. - Kerajaan tidak sewajarnya menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (I.S.A.) untuk menahan tiga individu kelmarin, sebaliknya mereka diadili mengikut sistem perundangan negara ini bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, pelbagai undang-undang terdapat di negara ini yang boleh digunakan untuk mengadili atau menghukum individu yang dikatakan menimbulkan ketegangan kaum............ |
PENDAPAT DARI KAMARI KASAN,
Presiden PERKASA
I.S.A. wujud kerana KOMUNIS.
KOMUNIS adalah gerakan dan suatu bentuk ”usaha” yang membelakangkan segala undang-undang demokrasi yang ada demi mencapai segala cita-cita mereka.
Apakah bezanya mereka yang ditahan dengan KOMUNIS? Berbeza dari segi fahaman tetapi SAMA dari segi CARA BERTINDAK untuk mencapai segala cita-cita mereka.
Negara ini mempunyai PENCIPTA UNDANG-UNDANG (LAW MAKERS) yang berdiri dalam sebuah kilang pemprosesan yang sangat demokratik. Mereka menggunakan semua saluran demokrasi dan melalui semua kaedah undang-undang yang ada untuk mencipta undang-undang yang baru. Proses inilah yang kita pertahankan.
Maka jika sesiapa yang mahu menyatakan segala kehendak dan mahu MELAKUKAN APA JUGA USAHA dalam mencapai segala CITA-CITA mereka; tetapi dilakukan SECARA TIDAK MENGIKUT SALURAN UNDANG-UNDANG YANG ADA; maka kaedah mereka tidak jauh beza dengan KOMUNIS dan mereka adalah MEMIJAK DEMOKRASI DENGAN ALASAN KONONNYA MEREKA MAHUKAN DEMOKRASI.
KITA PERLU BERTANYA KEPADA MEREKA YANG DITAHAN DI BAWAH I.S.A.; apakah mereka telah GUNAKAN SEMUA SALURAN UNDANG-UNDANG YANG ADA UNTUK MELAKUKAN SEMUA USAHA MEREKA ITU?
Belum ada justifikasi yang baik yang mereka mampu berikan untuk MENGAPA MEREKA MELAKUKAN SESUATU ‘USAHA’ SECARA TIDAK MENGIKUT SEMUA SALURAN YANG SEDIA ADA (MENGABAIKAN) SERTA MELANGGAR. Jika melanggar kita perlu membawa mereka ke mahkamah tetapi jika mereka MENGABAIKAN DAN KEMUDIAN TERUS MELANGGAR; maka elemen mengabaikan itu di mahkamah mana yang wajar kita bicarakan; sedangkan perbuatan mereka itu sudah menyerupai perbuatan usaha dari PENGGANAS KOMUNIS?
Seperkara lagi yang perlu kita amati baik-baik tentang BEZANYA insitutsi I.S.A. dengan mahkamah dan PENJARA. Dalam I.S.A. mereka bukanlah BANDUAN dan mereka dipelihara segala HAK kecuali dalam suatu keadaan yang TERBATAS.
KENAPA TERBATAS? Kerana mereka TIDAK BERMINAT MENGGUNAKAN SALURAN UNDANG-UNDANG YANG DISEDIAKAN secara bebas tetapi sebaliknya melakukan segala USAHA berdasarkan UNDANG-UNDANG MEREKA sendiri ataub ditangan mereka sendiri.
Maka demikianlah I.S.A. wajar dan releven untuk terus BERPERANAN bagi mengawal semua USAHA atau TATALAKU manusia (rakyat) yang meskipun mereka tahu bahawa wujudnya sesuatu undang-undang atau tatacara yang demokrasi tetapi mereka gemar mengenepikan DEMOKRASI itu. Inilah tatacara dan perlakuan amalan KOMUNIS. Mereka bukan Komunis tetapi mereka ‘commune-kan amalan komunisme’ dalam kelakuan mereka dan semua dilakukan mengikut undang-undang mereka sendiri.
Oleh;
Kamari Kasan
Presiden,
Pengaturcaraan Komuniti Aman & Selamat Malaysia (PERKASA).
15 September 2008.
www.perkasa.kamarika.com |